
Menurut Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Razali bin Hj Ahmad demonstrasi kali ini akan dipersembahkan dalam dua segmen iaitu Demonstrasi Dinamik dan Demonstrasi Kuasa Tembakan.
Gabungan Penggempur 3 Divisyen memulakan demonstrasi Dinamik dengan meorientasikan sasaran seterusnya memperkenalkan senjata seksyen dan platun bagi Batalion Infantri Standard(BIS). Turut dipertontonkan adalah kenderaan kompeni Infantri Mekanise dengan 14 buah Adnan serta senjata bantuan batalion seperti Heavy Machine Gun, Automatic grenade Launcher, Peluru Berpandu Eryx, Metis-M dan Bakhtar Shikan serta 81mm Mortar. Manakala kenderaan Armor yang mengambil bahagian adalah CONDOR, SIBMAS dan Stormer serta SCORPION dan PENDEKAR. Tidak ketinggalan senjata dan peralatan Artileri iaitu Mortar 105mm dan 155mm, Misil Anza, Igla dan FN-6, Meriam 35mm Oerlikon dan Roket ASTROS.
Segmen kedua, Demonstrasi Kuasa Tembakan dimulakan dengan orientasi Sasaran seterusnya demonstrasi daripada pesawat TUDM, Mortar 81mm, meriam 105mm PH L5, Meriam 155mm G5 Mk III dan Senjata Ringan Launcer Berganda (SRLB) ASTROS II (SS 30).
Ketua Setiausaha Negara, Panglima Tentera Darat, Timbalan Ketua Polis dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan juga turut di bawa menyaksikan Pameran Statik.
Seramai 2000 trup, 340 kenderaan pelbagai jenis dan lebih 240 senjata pelbagai kaliber telah mengambil bahagian di Lapang Sasar Asahan bagi menjayakan Demonstrasi Kuasa Tembakan tahun 2011.
Turut hadir pada demonstrasi tersebut adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Panglima-panglima, pegawai dan anggota tentera serta penjawat awam Kementerian Pertahanan.
No comments:
Post a Comment