Angkatan Tentera Malaysia
JENERAL TAN SRI RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR
PGAT PSM PJN SSAP SPMT SPKK DPPN PSAT DSAP DGMK DSDK DMPN PAT JSM SMZ KAT KMN PNBB (Moz) ndc mpat psc MDef Studies (UNSW) MSc Strat and Def Studies (QAU)
JENERAL TAN SRI DATO' SRI ZULKIFELI BIN MOHD ZIN
PGAT PSM PJN DHMS SSAP SIMP SPTS SPMP SSTM SPKK DPPN
PSAT DGMK DSDK DPKK DMSM PMW PAT JMN SDK KMN AMK
ASK Legion of Honour (Phil) AMIM MSc (NDU) mpat lmt psc
PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Jun 1954, Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin menamatkan Latihan Kadet di SANDHURST pada tahun 1974. Ditauliahkan sebagai Lt Muda di dalam Rejimen Ke-2 Askar Melayu DiRaja selaku Ketua Platun pada 09 Ogos 1974.
Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat Batalion mulai daripada Ketua Platun hingga ke Pegawai Memerintah. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah menjawat beberapa jawatan staf di Markas Tentera Darat dan juga di Institusi Latihan termasuk Pegawai Staf di Markas Tentera Darat dan juga di Institusi Latihan termasuk Pegawai Staf Jurulatih Muslihat di Pusat Latihan Tentera Darat di Johor Bharu. Beliau pernah bertugas selaku Pengarah Infantri di Markas Tentera Darat pada 1999 hingga 2000. Beliau juga pernah menjawat jawatan juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera pada 1997.
Semasa berpangkat Kolonel beliau telah menjawat jawatan Komandan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) dan Kol Sumber di MK TD. Jeneral Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin adalah lulusan dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT).
Dinaikkan ke Brigedier Jeneral pada tahun 2002 dan menjawat jawatan Asisten Panglima di Bahagian Perkhidmatan Simpanan (BPS). Beliau juga menjawat jawatan Panglima 8 Briged Infantri dari tahun 2003 hingga 2004 di Kelantan. Beliau telah dinaikkan ke Pangkat Mejar Jeneral dan seterusnya diberi kepercayaan oleh tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menerajui Misi Tim Pemantau Antarabangsa – Mindanao sebagai Komander Tim Pemantau pada 09 Oktober 2004 hingga 31 Ogos 2005.
Setelah selesai melaksanakan Misi Pemerhati selama lebih kurang setahun dan seterusnya menjawat jawatan Panglima Ke 3 Divisyen Infantri mulai 17 Oktober 2005 hingga 31 Jan 2007. Seterusnya beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Angkatan Tentera dan Negara dan dilantik menerajui Markas Medan Tentera Darat sebagai Panglima Medan Tentera Darat mulai 2 Jan 2007 hingga 1 Jun 2008.
Sebagai seorang pemimpin yang berkaliber, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat pada 2 Jun 2008 sehingga 20 Mei 2010 dan seterusnya menerajui Tentera Darat Malaysia sebagai Panglima Tentera Darat mulai 21 Mei 2010 sehingga 14 Jun 2011.
Atas keyakinan yang tinggi terhadap beliau, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang ke 18 mulai 15 Jun 2011.
Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah berkahwin dengan Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom binti Wan Awang dan dikurniakan dua orang anak perempuan. Hobi beliau adalah bermain golf dan membaca.

Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor telah dilahirkan di Kg. Raja Besut, Terengganu pada 20 Jun 1957. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kg Raja, Besut Terengganu. Setelah menamatkan pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, beliau telah mengikuti latihan sebagai Bakal Pegawai Kadet di Pre-Officer Cadet Training Unit (Pre-OCTU) Sekolah Pegawai Kadet, Kem Sebatang Karah, Port Dickson dan seterusnya di Maktab Tentera Diraja, Kem Sungei Besi sebagai Pegawai Kadet. Beliau telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Mei 1977.
Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Sri Norlida binti Hj Abdul Mubin dan dikurniakan 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, di sepanjang karier beliau telah memegang pelbagai jawatan sebagai Pemerintah dan Pegawai Staf di dalam ATM. Beliau juga telah terlibat secara langsung di dalam menentang pengganas komunis sewaktu menjawat jawatan sebagai Ketua Platun dan Ketua Kompeni. Selain daripada penugasan operasi, beliau juga telah terlibat dengan berbagai latihan ketenteraan samada di dalam mahupun di luar negara. Di sepanjang karier sebagai pegawai tentera, beliau telah menyandang beberapa jawatan penting dan di antaranya adalah Pembantu Ketenteraan kepada Timbalan Panglima Tentera Darat, Ketua Jurulatih di PUSASDA, Pegawai Memerintah 18 RAMD, Pegawai Staf 1 Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Pegawai Staf 1 Tadbir di Cawangan Sumber Manusia, Ketua Staf Markas 3 Divisyen, Assisten Ketua Staf Perancangan & Pembangunan serta Panglima 2 Divisyen. Beliau telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral dan memegang jawatan Panglima Medan Tentera Darat mulai 2 Jun 2008 serta menjawat jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia mulai 31 Okt 2009. Beliau seterusnya dinaikkan ke pangkat Jeneral dan memegang jawatan Panglima Tentera Darat mulai 15 Jun 2013.
Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor juga telah mengikuti pengajian/kursus profesional di dalam dan di luar negara dan berkelulusan Master In Defense Studies (Australia) dan Master of Science in Defense and Strategic Studies (Pakistan).
Alamat Pasukan:
Batalion Kelapan
Rejimen Askar Melayu Diraja
Kem Lipis
27200 Kuala Lipis
No Tel: 09-3122901 Sambungan 102
No Fax: 09- 3124404